SELAMAT DATANG!

Assalamualaikum w.b.t.
Selamat datang ke blog saya.

Selasa, 11 Oktober 2011

bidalan

" biar mati anak, jangan mati adat "


Sangat kejam bidalan ini sehingga sanggup mengorbankan darah daging demi mempertahankan adat. Apakah peristiwa disebalik terciptanya bidalan 'kejam' ini? Mengikut kajian, bidalan ini tercipta pada zaman pemerintahan raja-raja adat pepatih di Negeri Sembilan. Pada masa itu, 'batang pinang' merupakan sesuatu yang penting dalam setiap majlis keraian raja ataupun majlis pertabalan raja-raja. Apabila majlis-majlis keraian raja-raja ini kerap diadakan, lama-kelamaan batang-batang pinang habis ditebang. Yang tinggal hanyalah anak-anak pokok pinang. Demi mempertahankan adat, terpaksalah 'anak-anak' pinang tadi ditebang (dikorbankan) jika terdapat majlis-majlis keraian raja. Dipercayai dari peristiwa itulah yang membawa terciptanya bidalan 'biar mati anak, jangan mati adat' yang membawa maksud pegangan adat yang kuat sehingga sanggup mengorbankan anak. Wallahualam.

Perumpamaan

"bagai melepas batuk di tangga"


Perumpamaan ini membawa maksud membuat kerja sambil lewa.
'batuk' tu uhuk..uhuk.uhuk. Apakah kaitan uhuk..uhuk..uhuk dengan membuat kerja sambil lewa? Tiada kaitan. Melalui kajian, sebenarnya perkataan 'batuk' adalah untuk perkataan 'batok'. 'batok' maknanya bekas air (seperti gayung) yang diperbuat daripada tempurung kelapa. Orang-orang dulu apabila hendak naik ke rumah akan mengambil 'batok' untuk mencedok air di dalam tempayan buat basuh kaki. Tetapi, takde la dia orang cuci bersih-bersih, cuma sebagai syarat je untuk naik atas rumah.Jadi perbuatan itu ditafsirkan sebagai membuat kerja sambil lewa sahaja. Jadi terciptalah "melepas batok ditangga" bagi melambangkan perbuatan yang sambil lewa. Sekian kuliah kita pada hari ini. Terima kasih..